1
2
3
✛
cerpen : Hanya Masih Menunggu
Kisah
hidupku tidak lah seperti kisah hidupmu yang mungkin bahagia tersenyum indah
disisi insan yang kau cintai, yang kau sayangi. Kisah hidupku juga tidak lah seperti
kisah cinta ‘Romeo and Juliet’, jauh sekali kisah cinta dalam drama-drama yang
dipaparkan dalam kaca televisyen. Seperti yang agak famous tu, apa? Sebenarnya
Saya Isteri Dia (SSID) yang digilai ramai termasuk aku juga. Haha.
Kisah hidupku hanya lah tentang aku,
dia dan mereka yang wujud dalam layar ceritaku. Cewahh.. ayat aku tak boleh nak
gramatis lagi ke? Hee. Semuanya bermula sejak aku di bangku sekolah menengah.
Untuk pengetahuan semua, aku seorang
yang agak takut untuk menghadapi zaman sekolah menengah atau zaman dewasa. Ya. Aku
takut untuk terjerumus ke dalam lembah yang agak menakutkan dan menyeramkan. Agak
banyak cerita yang aku dengar tentang masalah-masalah disiplin kini. Apa yang aku
risaukan, dapatkah aku alaminya dengan mudah tanpa terjebak? Dapatkah aku?
Aku merupakan seorang pelajar
perempuan di sekolah menengah kebangsaan biasa sahaja. Hm. Waktu UPSR dulu, aku
agak hebat sebenarnya. Bukan nak meninggi diri, tapi aku merupakan seorang
pelajar cemerlang. Ya. Aku memperolehi 5A dalam UPSR. Tetapi, hanya meneruskan
pembelajaranku di sekolah menengah kebangsaan yang biasa yang mempunyai asrama
perempuan harian untuk aliran agama sahaja. Ya. Akulah murid aliran agama itu. Murid
lelaki dan murid lain masih lagi ada, dan sekolah aku masih lagi merupakan
sekolah campur. Cuma murid asrama perempuan sahaja yang agak special diberikan
kelasnya dengan semua murid perempuan. Aku berasa agak selamat pada waktu itu.
Dua tahun berlalu..
Jangan sangka budak agama tiada perasaan
ingin dicintai dan menyayangi. Lagi lagi pelajar perempuan. Sentiasa sahaja
inginkan perhatian daripada lelaki. Ohh. Aku tidak memandang murid lelaki
sekolahku. Bukannya kerana mereka tidak bijak atau handsome, Cuma aku sudah
terlatih untuk tidak memandang mereka. Jadi dengan siapa aku jatuh cinta?
Aku mengenalinya melalui adiknya
yang merupakan kawan sekelasku. Nama adiknya a.k.a kawanku, Sharifah Nor
Shuhadah manakala namanya pula Syed Ahmad Redza. Dia hanyalah tua setahun
dariku dan bersekolah di maahad. Ya. Aku sendiri tak sangka yang aku akan
memiliki seorang jejaka dari sekolah maahad. Agak lawak di situ. Bukan nak mengejek
murid maahad *maaf ya*, aku hanya mengejek diriku yang serba kekurangan ini. Mestilah
pelik. Aku tidaklah sempurna mana, tapi boleh mendapat lelaki yang sesempurna
dia.
Bagaimana aku boleh mengenalinya?
Semuanya bermula dari Shu yang menyimpan
contact ku dengan nama lelaki. Pelik? Itu sudah menjadi kebiasaan kerana
perangaiku agak kasar sedikit. Dan sudah menjadi kebiasaan juga mereka mengejek
ku dengan nama lelaki.
Ohh. Lupa pula untuk memperkenalkan
diri ini. Namaku Maizatul Aqmal. Mereka suka memanggilku dengan nama Aqmal. Aku
tidak kisah. Asalkan nama itu masih lagi bermaksud.
Suatu hari, Redza membelek-belek
handphone kepunyaan Shu. Ya untuk melihat sama ada adiknya menggeletis dengan
lelaki buaya di luar sana. Jelas perbuatannya itu menunjukkan Redza seorang
abang yang protective terhadap adiknya. Dan aku suka lelaki yang mempunyai sifat
itu. Sangat suka.
Setelah itu, dia agak hairan,
siapakah jejaka yang bernama Aqmal ini? Apakah hubungan Aqmal dengan Shu? Lalu Redza
mengambil nombor kepunyaanku daripada contact Shu. Bermula dari situ lah aku
berkenalan dengannya. Pada mulanya kami sering bertegang urat, tetapi setelah
sekian lama, rasa rindu mula menyapa di hati masing-masing. Ya. Rindu untuk
bertekak, bergurau kasar.
Semenjak kami mendalami perasaan
masing-masing, Redza memberanikan dirinya untuk melamarku sebagai kekasihnya. Pada
mulanya aku agak terkejut. Agak hairan kerana budak maahad juga tahu untuk
bercinta, berpasang-pasangan. Haha. Salah aku. Cinta itu bukankah milik Allah? Kepada
siapa Dia mahu berikan, kepada siapa Dia mahu selitkan, itu semua hak mutlak-Nya.
Dan semua manusia berhak untuk bercinta. Itu pasti..
Agak lama kami berpacaran, tidak
pernah sekalipun kami bersua muka. Dan yang agak hebat, keluarganya tahu
tentang aku. Dan aku pernah menemui keluarganya cuma ketika itu Redza pula
tiada. Hanya sekali dalam seumur hidupku sahaja aku menemuinya. Itupun hanya
dalam setengah jam. Semuanya kerana dia yang malu untuk bersua denganku. Haha. Dia
seorang yang pemalu rupanya.
Ramai orang kata, ‘Cinta jarak jauh
sangat bahaya. Mungkin pihak sebelah sana curang, bermain kayu tiga. Kita tidak
tahu kan?’
Pada aku, ‘Cinta jarak jauh adalah cinta yang
hebat. Mereka masih lagi bertahan biarpun berjauhan. Kepercayaan pada setiap
pasangan amat penting bukan? Dan cinta jarak jauh juga akan mengelakkan maksiat
dan membuatkan cinta kita sentiasa suci.’
Malangnya hubungan kami hanya dapat bertahan
selama setahun dua bulan. Semua hanyalah disebabkan wujudnya seorang perempuan
yang menganggap dirinya adik angkat Redza. Ya. Gadis itu memang meminati Redza
dalam diam. Dia merupakan junior di sekolah Redza. Walaupun dia tahu bahawa
Redza sudahpun menjadi kepunyaanku, dia masih lagi berusaha untuk mendapatkan
Redza. Aku tidak marah terhadapnya. Itu adalah hak dia untuk meminati sesiapa
sahaja. Jelas kemarahanku hanyalah kepada Redza, yang masih lagi melayannya
lebih daripada dia melayan aku. Hadiah hari jadiku yang diberinya, sama sahaja
dengan hadiah yang diberinya kepada adik angkatnya itu. Kenapa? Tahap aku dalam
hatinya sama sahaja seperti adik angkatnya? Itu tidak adil.
Ohh. Nama diberi Intan Syafinaz. Muda dua
tahun dari aku. Aku tahu mengenai hal ini semestinya dari Shu. Shu yang
menjumpai surat cinta milik Intan yang diberi kepada Redza dan dia
memberikannya kepada aku. Di situ juga tertulis FB kepunyaan perempuan itu. Setelah
aku pulang dari asrama, aku terus online dan mencari perempuan itu. Akhirnya,
jumpa juga!
Aku stalk dan terus stalk. Ya. Jelas budak itu
mahukan Redza. Dan aku tahu aku hanyalah penghalang mereka. It’s okay.
Dengan berat hati, dengan terguris hati, aku
undurkan diri. Ya. Aku someone yang lebih pentingkan kebahagiaan orang lain
berbanding aku. Jujur aku memang seseorang yang seperti ini. Dan sampai
bila-bila pun aku rasa aku takkan pernah berubah. Dan perbuatanku ini sendiri
akan memakan hatiku sendiri. Pengorbanan agak sukar bukan? Orang yang mampu
sahaja yang akan kuat melakukannya.
Redza masih memujuk aku. Dan sentiasa memujuk
aku. Sehingga kini. Dan aku tahu, aku takkan pernah dapat melupakannya sampai
bila-bila pun. Mungkin Allah hadirkannya dalam hidupku hanya sebagai
persinggahan untuk aku menganal apa itu cinta. Supaya aku menjadi lebih matang
pada masa akan datang. Kann?
Ketika aku bergaduh denganya, ketika itu juga
aku sedang mengambil ujian PMR. Dan sebab itu juga keputusan PMR ku agak teruk.
Aku hanya memperoleh 5A 4B. Yang aku tak boleh terima sehingga kini, Pendidikan
Islam ku hanyalah di gred B. Agak sedih di situ. Tapi aku kuatkan diri, dan
teruskan kehidupan. Aku cuba melupakannya sedikit demi sedikit. Aku berjaya,
tetapi..
Dengan kehadirannya..
Ya. Dia yang kucintai sehingga kini.
Kisah hidupku bukanlah tentang Syed Ahmad
Redza bin Syed Radzuan.
Tetapi jelas tentangnya. Jejaka yang diberi
nama Muhamad Faez bin Mohd Fadzlan. Lelaki yang boleh menjatuhkan air mataku
tanpa berkata apa-apa. Lelaki yang mengajar aku apa itu erti cinta sebenarnya. Lelaki
yang sering membuat aku jatuh dan terus terluka. Dan lelaki yang masih membuat
aku jatuh cinta dan terus mencintainya biarpun terguris hati berjuta kali.
Faez muncul dalam hidupku ketika aku sedih dan
masih berduka dengan apa yang telah aku lalui bersama Redza. Dia yang memujuk
aku dan membuktikan kepada aku bahawa masih ada yang kisah tentangku. Dan masih
ada yang mengambil berat tentang diri ini. Tidak lama lepas itu, luka ku
sembuh. Dan tidak pernah sekalipun aku terfikir untuk berpaling pada Redza
lagi. Semoga Redza bahagia bersama Intan. Aminn..
Ya. Faez tua dua tahun dariku. Dia juga
seperti aku. Terluka dengan cinta keduanya. Walaupun untuk kedua kalinya,
perempuan itu masih dianggap yang teratas di hatinya. Tidak pernah ada lagi
perempuan yang dapat menjatuhkan sayangnya, kasihnya dan cintanya pada gadis
itu. Termasuk juga aku.
Pada mulanya aku tak pernah sedar tentang
perasaannya yang sebenar-benarnya. Aku percaya bahawa dia milikku sepenuhnya. Malangnya
yang aku perolehi hanyalah jasadnya. Hatinya masih lagi milik gadis yang
bernama Syaza Syazwina yang sebaya dengannya. Dan selamanya akan kekal begitu.
Ya. Aku banyak kali diduakan, ditigakan juga
pernah olehnya. Pada mulanya aku berasa agak marah. Dan kami juga banyak kali
putuskan hubungan hanya kerana dia mempunyai ramai perempuan lain selain aku. Aku
juga tahu mengenai hubungannya dengan Syaza sebelum ini. Ohh. Mereka merupakan
ex-senior aku. Jadi aku tahu serba sedikit tentang mereka.
Aku ingatkan Faez sudahpun melupakan Syaza,
malangnya semua itu tidak setelah aku stalk FB kepunyaan Faez. Ya. Status FBnya
jelas menunjukkan bahawa dia masih lagi menunggu Syaza. Dan selamanya akan
begitu.
Mereka sudah pun berpisah dua tahun lalu. Dan Faez
masih lagi menunggu Syaza dalam dua tahun itu. Sejak aku tahu dia masih lagi
mencintai Syaza, aku cuba undurkan diri. Malangnya aku tak boleh. Dia bukan
seperti Redza, yang sudahpun ada pengganti di hadapan mata. Faez seorang yang
masih menunggu sesuatu yang tak pasti. Dan mungkin tidak akan pernah wujud
depan matanya lagi.
Aku tidak boleh tinggalkannya begitu sahaja. Siapa
yang nak menjaganya nanti? Siapa yang akan mendengar luahan hatinya? Siapa yang
akan cuba redakan rindu hatinya terhadap Syaza? Siapa? Hanya aku. Ya. Aku..
Banyak yang aku usahakan untuknya. Banyak juga
yang aku korbankan untuknya. Aku cuba mencari contact Syaza kembali. Aku cuba
untuk menolongnya menegur Syaza kembali. Dan segalanya telah aku cuba lakukan
untuknya. Malangnya satu apa tidak terjadi. Semuanya terletak pada tangan Syaza
bukan? Aku tak boleh memaksanya.
Hanya satu yang boleh dilakukan..
Faez, you must move on from her shadow, dear. Please..
Tapi.. aku tahu.. itu takkan pernah berlaku.
Banyak kali aku menangis, tapi dia tidak
sedar. Banyak kali aku berduka, dia juga tidak pernah sedar. Yang dia sedar
tangisan lalu Syaza, kenangan lalunya dan segala sesalan dirinya.
Faez, berapa lama lagi kau harus begini? Berapa
lama lagi aku harus menunggu? Berapa lama lagi aku harus terluka? Cubalah pandang
aku pula, Faez.. sesungguhnya hatiku ini kekal milikmu..
Aku cuba untuk lupakan dia, dan menganggapnya
hanya sebagai kawan. Malangnya sehingga kini aku tak boleh. Dan setiap kali aku
sedih, Redza sentiasa ada untukku. Maafkan aku Redza. Kau pula tempat aku
bergantung setelah aku yang tinggalkan kau dulu.
Ya. Redza sudahpun putus dengan Intan. Agak lama
setelah dia tamatkan zaman persekolahannya. Sehingga kini dia masih lagi
menunggu aku. Dan tetap menunggu aku. Saat aku terluka, dia hadir kembali
mengusap tangisku. Katanya aku lah cinta pertamanya. Malangnya dia bukanlah
cinta pertamaku. Ohh ya. Mungkin cinta pertamaku, tetapi bukanlah cinta
sejatiku. Cinta sejatiku hanyalah milik Faez. Selamanya milik Faez.
Sehingga kini, aku masih menantinya. Entah sampai
bila akan berakhirnya penungguan ku ini. Entah sampai bila akan berakhirnya
penungguan Faez. Entah sampai bila akan berakhirnya penungguan Redza.
Cerita ini tentang redza yang sentiasa
menunggu aku, aku yang sentiasa menunggu Faez dan Faez yang sentiasa menunggu
Syaza. Segalanya akan tamat juga. Aku tidak tahu bila, hanya Allah yang tahu.
Coretan pendek,
Ikhlas daripadaku.
Maizatul Aqmal bin Mohd Abid :’)