Strangeness and charm
1
2
3



cerpen : Menunggu
♣ 0

"Lagu apa ni?" tanya Jun kehairanan sambil melihat Syuk yang sedang menyandarkan gitarnya pada sebatang pokok  kelapa di situ. Syuk hanya tersenyum sambil mengatur langkah menghadap laut yang indah terbentang di hadapannya. Betapa besarnya kurniaan Ilahi. Jun mula mengikut segala perbuatan Syuk.
"Cepatlah bagitahu. Lagu apa tadi, Syuk?" tanya Jun sekali lagi sambil berpeluk tubuh
memandang Syuk. Syuk hanya tersenyum. Sesekali bayu menyentuh lembut wajahnya.
"Emm.. Tajuk lagu tu Aishiteru. Khas buat Jun," terang Syuk lagi. Jun tertanya-tanya sendiri.
'Apa maksud Aishiteru tu?' kata hati kecil Jun.
"Jun tahu tak maksud Aishiteru tu apa? Maksudnya I love you. So, kesimpulannya.. Syuk akan sentiasa cintakan  Jun. Jun pun kena janji dengan Syuk yang Jun akan sentiasa cintakan Syuk," kata Syuk seperti memahami kata hati Jun sebentar tadi. Jun terus merenung wajah Syuk dengan penuh tanda tanya.
"Syuk nak pergi mana?" tanya Jun sambil menggoncang-goncang tubuh Syuk. Syuk hanya mampu tergelak kecil melihat telatah Jun yang seperti kebudak-budakkan itu.
"Syuk nak pergi mana? Syuk nak pergi mana?"
"Okey.. Syuk bagitahu ni.." kata Syuk lembut. Serentak dengan itu goncangan tubuhnya terhenti. Dia merenung anak mata Jun yang penuh mengharap itu lalu tergelak kecil.
"Syuk!!"
"Yea.. Syuk bagitahu lah ni. Syuk kena pergi oversea. Sambung belajar kat sana. Syuk bel.."
"Dekat mana Syuk? London? Manchester?" pertanyaan Jun memotong kata-kata Syuk. Syuk hanya menggeleng.
"Tak, Jun.. Syuk kena pergi Jepun. So, Jun jangan yeh lupakan Syuk kat sana. Janji?" Syuk menghulurkan jari kelingkingnya di hadapan wajah Jun. Jun menyambutnya lembut sambil tersenyum.
"Janji!!"

***

"Jom, saya hantar awak balik, Jun. Cepat kemas tu.." kata Adam setelah penat menunggu Jun di luar selama lebih kurang setengah jam. Jun pula yang baru menyedari Adam berdiri di hadapannya terus menyibukkan diri dengan mengemas barang-barangnya.
"Awak still fikir pasal dia ke?" tanya Adam sambil turut membantu Jun mengemas. Jun hanya mendiamkan diri.
"Jun.. Siapa saya di hati awak, Jun? Lupakan lah dia, Jun. Mungkin dia sudah lupakan awak. Apa ertinya pertunangan kita jika awak masih tak dapat lupakan dia?" tanya Adam dalam suara yang perlahan tetapi masih boleh didengar oleh Jun. Jun menarik nafas panjang.
Seminit.
Tiga minit.
Lima minit.
Sunyi.
Sepi..
"Jun.." Adam memecahkan hening.
"Apa?" soal Jun acuh tak acuh.
Adam hanya melepaskan keluhan. Kedengaran kasar bagi Jun. Adam mengatur langkah pergi meninggalkan Jun sendiri.
"Saya tunggu awak kat luar. Dan saya akan sentiasa menunggu awak sampai bila-bila. Ingat kata-kata saya ni, Jun," kata Adam lemah. Jun hanya mampu memandang Adam melangkah pergi.
'Sorry, Adam. Jun masih lagi tak dapat nak lupakan dia..’ lirih Jun dalam diam.

***

Sunyi menemankan perjalanan mereka pada petang itu. Sekali-sekala Adam memandang Jun yang duduk di sebelahnya.
'Bilakah akan terbuka pintu hatinya untukku?'
Jun hanya memandang ke luar. Kedengaran sayup-sayup lagu dimainkan di radio. DJ tidak jemu memainkan lagu permintaan umum.
"Permintaan lagu ni daripada Syuk yang ingin mendengarkan lagu pilihannya, Aishiteru, nyanyian Zivilia. Lagu ini ditujukan khas buat kekasih hatinya yang telah lama tidak ditemuinya. Dengarkan, Zivilia, Aishiteru.."
Jun tersedar dari lamunan. Dia terus menguatkan pembesar suara. Adam hanya mendiamkan diri melihat kelakuan Jun.
'Syuk..' bisik hati kecil Jun.

***

"Jun, kenalkan ini Syuk, sepupu saya. Syuk, ni Jun, tunang aku." Adam memperkenalkan sepupunya kepada tunangnya dan tunangnya kepada sepupunya. Syuk hanya tersenyum. Jun tidak tentu arah.
"Jun, lama kita tak jumpa kan?" kata Syuk ramah. Jun terkejut dan terus merenung Syuk. Keningnya bertaut. Adam pula tidak mengerti apa-apa.
"Kau dah kenal Jun ke Syuk?" tanya Adam. Syuk mengangguk mengiyakan persoalan Adam.
"Haah. Kawan sekolah menengah dulu. Betul tak Jun?" Syuk mengajukan soalannya kepada Jun pula. Jun tidak tentu arah.
"Haa.. Yea.. Betullah, Adam. Kitorang satu sekolah dulu. So, macam mana kat Jepun dulu Syuk?" tanya Jun tenang walaupun hatinya tidaklah setenang kata-katanya.
"Hm. Okey," jawab Syuk pendek.
"Hm. Baguslah dah kenal tak payahlah susah-susah aku nak kenalkan. Jom pergi minum sama-sama. Nanti kau bolehlah cerita pasal diri kau kat Jepun tu. Jom," ajak Adam. Dia senang hati melihat perlakuan temannya bersama tunangnya. Syuk dan Jun angguk serentak.

***

"Hello. Assalamualaikum. Jun.." kata Syuk setelah talian disambungkan. Jun terkesima mendengar suara insan yang dirinduinya itu.
"Waalaikumussalam. Yea, Syuk. Syuk apa khabar?" tanya Jun. Kedengaran helaan nafas di corong telefon bimbitnya itu.
"Syuk sihat. Jun macam mana? Bahagia hidup dengan.." Syuk tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana hatinya begitu sakit apabila mendapat tahu bahawa Jun telah dijodohkan dengan sepupunya sendiri.
"Hm. Macam tu lah Syuk.Jjun tak tahu nak kata macam mana lagi," kata Jun perlahan. Hatinya sarat dengan rindu yang telah lama menebal.
'Kalaulah Syuk tahu perasaan aku ni..'
Keadaan sunyi seketika.
"Syuk.."
"Hm?”
"Kenapa Syuk tak lama hantar berita kat Jun? Setiap hari Jun menunggu surat, mesej daripada Syuk. Syuk pergi mana selama ini? Lagipun dulu Syuk janji nak hantar berita bila duduk kat sana. Kenapa, Syuk? Kenapa?" Syuk hanya mendiamkan diri.
"Syuk.." rayu Jun.
"Hm. Syuk tau Syuk salah sebab tak balas mesej, surat daripada Jun. Syuk sibuk kat sana," jawab Syuk perlahan. Jun hanya mampu mendiamkan diri.
"Jun.."
"Hm?"
"Mana pergi aishiteru Jun? Mana pergi janji Jun dulu? Janji kita dulu, Jun?" tanya Syuk meminta kepastian. Jun terdiam.
"Jun.. Jawablah.."
"Bukannya Jun tak tunggu Syuk. Masalahnya.. Adam tu pilihan keluarga Jun. Lagipun masa tu Syuk tak hantar berita pun, jadi Jun pun ambil peluang untuk terima jea Adam tu. Tapi sumpah!! Tak pernah wujud pun rasa sayang, rasa cinta dalam hati Jun untuk Adam. Hanya untuk Syuk sahaja rasa cinta ini. Khas buat Syuk.."
"Oh. Macam tu yea? Takpe, Syuk terima, Jun. Okeylah, Syuk nak tidur ni. Assalamualaikum," Syuk mengakhiri kata-katanya.
"Waalaikumussalam." Talian diputuskan.
'Kenapa kau lakukan semua ini kepada aku, Jun? Kenapa?' rintih Syuk. Air mata jantannya mula mengalir buat kali pertama.
'Sorry Syuk.. Hanya itu sahaja yang mampu Jun ucapkan. Maaf..'

***

"Syuk.. Kenapa Syuk jauhkan diri dari Jun? Apa salah Jun, Syuk?" tanya Jun setelah mereka bertemu buat kali kedua. Syuk mempercepatkan langkahnya meninggalkan Jun yang sedang mengejarnya di belakang.
"Syuk!  Awak nak pergi mana tu? Syuk! Syuk!!" jerit Jun.
"Aduh! Sakitnya.." Jun mengeluh apabila kakinya tiba-tiba terseliuh. Syuk terus mendapatkan Jun yang terjatuh.
"Itulah.. Dulu Syuk dah kata, jangan pakai kasut tinggi bila kejar Syuk dulu, Jun tak nak dengar. Nampak apa yang dah jadi," kata Syuk. Wajahnya jelas mempamerkan rasa kecewanya kerana tidak mengikut kata Jun yang menyuruhnya berhenti.
"Syuk.. Jun tak apa-apa," kata Jun perlahan sambil merenung anak mata Syuk.
"Mana boleh tak ada apa-apa. Nampak teruk ni. Jom pergi klinik sebelum bengkak kaki tu," ajak Syuk. Jun masih membatukan diri.
"Syuk.. Kita bukan macam dulu lagi. Sekarang dah lain. Jun ada tunang dah Syuk. Jun..”
"Kalau dah tahu yang Jun ada tunang, buat apa Jun kejar Syuk lagi? Syuk cuba untuk melupakan Jun sekarang ni. Jun cuba faham Syuk."
"Syuk nak suruh Jun faham Syuk? Macam tu? Oh. Syuk tak faham pula masa Jun tunang dengan Adam dulu? Jun cuba untuk melupakan Syuk dan memberi ruang kepada Adam tetapi masih tak boleh! Dekat dua tahun Syuk, Jun cuba melupakan perasaan ni," terang Jun. Air matanya mula bertakung di tubir matanya.
"Jun.."
Ada sepasang mata yang memandang, ada sepasang telinga yang mendengar. Dirinya tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang ini.
'Betul ke Jun?' Adam terduduk sendiri.

***

"Betul, Adam. Syuk lah yang membuatkan saya tak boleh terima awak. Maaf," Jun meminta maaf apabila telah dipaksa oleh Adam untuk memberitahu perkara yang sebenar. Adam melepaskan keluhan. Berat sekali hatinya untuk menerima berita ini.
"Kenapa awak tak pernah bagitahu kat saya pasal hal ni?"
"Sebab saya.. saya takut. Lagipun saya pernah cuba untuk bagitahu awak perkara sebenar tapi awak yang tak izinkan. Maaf, Adam.."
"Hm. Awak nak tak hidup bahagia dengan Syuk?" tanya Adam. Jun terus mengangkat mukanya menghadap Adam. Dia terkedu.
"Kenapa diam? Saya tanya ni.."
Masih tiada jawapan.
"Kalau dia dapat menggembirakan hidup awak, saya izinkan. Lagipun kalau awak hidup dengan saya dengan muka muram je, lebih baik tak payah. Saya gembira apabila lihat awak bahagia. Pulanglah kepada Syuk. Dia lebih memerlukan awak. Tiada daya saya untuk menghalangnya. Ampunkan dosa saya dari hujung rambut, sehingga hujung kaki. Tapi awak kena ingat, saya akan sentiasa tunggu awak sampai akhir hayat saya. Assalamualaikum," Adam mengatur langkah meninggalkan Jun sendirian dengan tangisan yang belum reda. Jun menekup mukanya.
'Ingin sahaja aku mengesat air matamu, tapi apakan daya.. Siapalah aku di matamu, Jun..'
'Adam.. Maafkan saya kerana telah menolak cinta awak. Segala kebaikan awak akan saya kenang sehingga akhir hayat saya. Maafkan saya, awak..'
Jun mengangkat mukanya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat sebuah kenderaan yang berkuasa laju memecut di selekoh berdekatan dengan Adam yang sedang melintas.
"Adam!!" Adam menoleh.
DUMMM!!!
Tubuhnya terperosok di bawah kenderaan itu. Darahnya terpercik mengenai baju putih yang dipakai oleh Jun. Jun terjelupuk jatuh. Dia tidak sanggup melihat tunangnya meninggalkannya buat selama-lamanya.
'Adam.. Maafkan Jun..'

***

Alunan ayat suci Al-Quran baru sahaja berhenti. Kelihatan seorang wanita sedang mengangkat tangan menadahkan doa. Sudah tiga tahun berlalu. Tiada lagi gelak tawa. Tiada lagi bermasam muka. Hanya tangisan yang dapat dinyanyikan. Hanya doa yang dapat dihadiahkan.
Segalanya sudah berakhir.
"Sayang, Jun.. Jom kita pergi. Anak kita dah merengek dah tu. Tak sabar nak jumpa neneknya lah kot. Jom," pujuk Syuk. Jun bangun perlahan-lahan. Dia menyarungkan seliparnya dan mula melipat tikar. Dia mengaturkan langkah perlahan-lahan mendekati suaminya.
"Jun dah sedekahkan Yassin untuk arwah Adam?" tanya Syuk setelah Jun menghampirinya. Laju sahaja tangannya merangkul pinggang isterinya. Erat. Jun mengangguk lemah. Perasaan sedih masih lagi menyelubungi diri.
"Abang.."
"Hm?"
"Abang marah ke Jun letak nama anak kita Adam?" tanya Jun berhati-hati.
"Kenapa pula abang nak marah? Kalau abang tak suka, dah lama abang tukar nama anak kita tu. Lagipun Adam tu nama arwah sepupu abang juga. Tak salah kan?" terang Syuk membuang segala prasangka buruk yang hadir di dalam hati isteri kesayangannya itu.
"Abah! Mama! Cepat yah! Adam tak sabar nak yumpe nek ni!" jerit Adam dengan pelatnya itu. Suami isteri itu tertawa kecil mendengar anaknya petah berbicara.
Jun pantas mengambil tempat duduk di sebelah Syuk. Syuk pula mengambil tempat duduk memandu. Kereta mula meluncur laju meninggalkan kawasan perkuburan. Jun melihat ke luar. Sayup-sayup kedengaran suara Adam dari jauh.
"Akan ku intai bahagiamu dan sentiasa menunggumu dari jauh, sayang.."
Maka berakhirlah segala penungguan Jun dan Syuk selama ini. Adam pula akan sentiasa menunggu dan mencintai Jun di sana.
Al-Fatihah...

TAMAT :')



◄ older

newer ►